Islam Dalam Sejarah
Sebelum Islam bertapak di tanah Arab di bawah pimpinan Muhammad, terdapat empat jenis kepercayaan yang berpengaruh di sana.
- Arab Jahiliah
- Yahudi
- Kristian
- Hanif
Mereka ini penyembah-penyembah berhala yang percaya
kepada satu Tuhan yang Maha Tinggi, dewa-dewi dan berbagai jenis kuasa
ghaib. Walaupun begitu, sebilangan besar daripada mereka (terutamanya
bani Quraisy di Mekah) mengaku diri mereka dari keturunan Ibrahim.
Rumah berhala mereka yang terkenal ialah Kaabah yang
bertempat di Mekah. Di dalamnya terdapat berbagai objek-objek pujaan dan
berhala.
Pada zaman Muhammad, terdapat ramai orang Yahudi di
tanah Arab. Sebilangan besar dari mereka bukan Yahudi sejati melainkan
yang telah memeluk agama Yahudi. Menurut Yaqubi, bani Yahudi Quazah dan
Nadhir di Madinah merupakan suku-bangsa Arab Jurham yang telah
diyahudikan.
Orang Yahudi pada masa itu lebih berpengetahuan
tentang dongeng rakyat dan tulisan ulama mereka daripada apa yang
sebenarnya di tulis dalam Taurat. Malah, ada yang telah lupa bahasa asal
mereka dan tidak dapat lagi membaca kitab Taurat yang ditulis dalam
bahasa Ibrani. Kerana ulama-ulama Yahudi sahaja yang memahami kitab
Taurat, ayat-ayat dari kitab itu terpaksa diterjemahkan secara spontan
ke dalam bahasa Arab dalam upacara-upacara sembahyang umum.
Orang yang pertama menjadi Kristian ialah orang
Yahudi. Mereka berbeza dengan orang Yahudi lain kerana menerima Isa
sebagai Al-Masih yang telah dijanjikan Allah. Apabila semakin ramai
orang bukan-Yahudi memeluk agama Kristian, mereka mula membentuk
identiti mereka sendiri. Pada zaman Muhammad, orang Kristian telah wujud
selama enam ratus tahun. Dalam masa yang singkat itu, agama Kristian
berjaya menjadi agama utama di Timur Tengah.
Akan tetapi orang Kristian pada masa itu telah pudar
semangat dan banyak ajaran-ajaran sesat telah berjaya memecahbelahkan
penduduk Kristian kepada kelompok-kelompok yang bertentangan fahaman.
Ramai orang keliru tentang fahaman Kristian yang benar terutamanya
mereka yang tidak berpeluang membaca Alkitab (gabungan kitab Taurat,
Mazmur dan Injil) untuk mengkaji isu-isu yang diperdebatkan.
Suasana ini merebak ke tanah Arab yang pada masa itu
tidak memiliki Alkitab dalam bahasa Arab. Orang Kristian di tanah Arab
pada masa itu terdiri dari golongan Nestoria, Baizantin dan Monofisit.
Golongan Baizantin dan Monofisit merupakan dua golongan paling
berpengaruh dan merekalah yang menimbulkan perbalahan apabila memanggil
Maryam, Ibu Tuhan. Maka tidak hairanlah jika suasana seperti itu telah
menghalang Muhammad daripada mendapatkan ajaran Kristian yang benar.
Akhirnya, penyebaran ajaran-ajaran sesat ini dapat
disekat dan dibetulkan. Prosesnya mengambil masa yang lama kerana campur
tangan berbagai pihak yang berkuasa. Apabila umat Kristian berjaya
bangkit dari kemelut akidah yang telah memecahbelahkan mereka, Islam
telah pun bertapak di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Perkataan Hanif bermaksud "Dia yang berpaling" iaitu
daripada penyembahan berhala. Orang Hanif ialah orang Arab Jahiliah yang
telah dipengaruhi oleh fahaman Yahudi dan Kristian lalu mereka menolak
amalan penyembahan berhala. Mereka tidak berjemaah tetapi percaya agama
yang benar ialah agama yang dipegang bapa bangsa mereka, Ibrahim.
Agama Yahudi, Kristian dan Islam masing-masing
menuntut mewakili agama Ibrahim yang sebenar. Adalah menarik bahawa dari
empat Hanif yang diceritakan oleh Ibn Ishaq, tiga daripada mereka
menemui kebenaran yang dicari-cari mereka dalam agama Kristian.
Hanif yang pertama ialah Waraqah bin Naufal, sepupu
Khatijah, isteri pertama Muhammad. Dia memeluk agama Kristian dan
menjadi seorang Kristian yang terpelajar. Walaupun dia adalah saudara
dan penasihat rohani Muhammad, dia tidak pernah memeluk agama Islam.
Selepas kematiannya, Muhammad telah bermimpi melihat Waraqah berpakaian
putih dan mengambilnya sebagai tanda Waraqah selamat di syurga.
Hanif kedua ialah Abdullah bin Jashy. Pada mulanya
dia memeluk agama Islam tetapi kemudiannya memeluk agama Kristian
setelah berhijrah ke Habsyah akibat penganiayaan di Mekah. Abdullah
selalu bersaksi kepada pelarian Islam yang lain tentang pengalaman
rohaninya yang baru itu. Dia pernah berkata, "Kami (Kristian) melihat
dengan jelas tetapi kamu (Islam) mengerdip mata sahaja." Maksudnya jelas
– Abdullah percaya bahawa orang kristian mempunyai pandangan yang jelas
dalam hal-hal rohani manakala Islam masih belum berjaya melihat terang
kebenaran Allah.
Hanif yang ketiga ialah Usman bin Huarith. Dia
merupakan saudara isteri pertama Muhammad dan memeluk agama Kristian
semasa di Baizantin.
Hanif yang keempat, Zaid bin Amru, tetap Hanif sampai
akhir hayatnya. Dikatakan dia selalu berdoa, "Ya Allah. Jika aku tahu
jalan mana yang paling Engkau berkenan, aku akan menyembah-Mu dengannya.
Tetapi aku tidak tahu."
Sebelum kerasulannya, Muhammad merupakan seorang
Hanif. Pada setiap tahun, di bulan Ramadan, dia akan pergi bertapa di
Gua Hira yang berdekatan dengan Mekah. Amalan ini sebenarnya berasal
daripada orang Kristian di Syria yang kemudiannya menjadi popular di
kalangan orang Arab.
Mengikut ajaran Islam, kenabian Muhammad bermula pada
satu malam pada bulan Ramadan apabila dia terdengar satu suara menyuruh
dia "mengucap" (yakni ayat-ayat Al-Quran yang bakal diturunkan
kepadanya). Suara ini didengarnya ketika dia sedang bertapa di Gua Hira.
Apabila dia mempertimbangkan kata-kata tersebut, malaikat Jibrail telah
menjelma dan memberitahunya, "Muhammad! Engkaulah rasul Allah."
Pada mulanya Muhammad menyebarkan mesej Islam di
kalangan orang Arab sahaja. Selepas dia berhijrah ke Madinah (yang
banyak berpenduduk Yahudi), dia cuba memujuk orang Yahudi menerimanya
sebagai seorang nabi setaraf nabi-nabi dalam kitab Taurat. Muhammad
mengelar orang Yahudi dan Kristian "ahli-ahli kitab". Walaupun begitu,
orang Yahudi menentang Muhammad dan menolak mesejnya. Mereka yakin kitab
suci mereka tidak menyatakan apa-apa tentangnya. Sejak dari itu,
Muhammad mula bermusuhan dengan mereka.
Apabila ditanya sama ada orang Islam orang Yahudi atau Kristian, Al-Quran mengarahkan orang Islam untuk memberi jawapan ini:
Berkata mereka itu: Beragama Yahudilah
kamu, atau beragama Nasrani, supaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah:
Bahkan agama Ibrahim yang lurus (kami ikut), dan bukanlah dia termasuk
orang-orang musyrik. Katakanlah: Kami telah beriman kepada Allah dan
(Kitab) yang diturunkan kepada kami dan apa-apa yang diturunkan kepada
Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaqub dan anak-anaknya (begitu juga kepada
kitab) yang diturunkan kepada Musa dan Isa, dan apa-apa yang telah
diturunkan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka, tiadalah kami perbezakan
seorang juga di antara mereka itu dan kami patuh kepada Allah. Maka jika
mereka beriman seperti keimanan kamu, sesungguhnya mereka mendapat
petunjuk; tetapi jika mereka berpaling (tiada beriman seperti
keimananmu), maka hanya mereka dalam perpecahan (dengan kamu); maka
engkau akan dipeliharakan Allah dari kejahatan mereka, dan Dia
Mahamendengar, lagi Mahamengetahui. (2 Surah Al-Baqarah ayat 135-137)
Apabila ayat-ayat ini yang dipandang dari sudut sejarah, maka jelaslah agama Islam merupakan satu panggilan untuk kembali
kepada agama Ibrahim dan mesej nabi-nabi Allah. Apakah ini telah
dilakukan penganut agama Islam? Apakah Islam hari ini mewakili agama
Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yaqub yang sebenar? Apakah kitab Musa dan Isa
ditaati hari ini oleh pengikut Islam?
Tags: Agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Share your views...
0 Respones to "Islam Dalam Sejarah"
Post a Comment